by Hasbul Brothers

by Hasbul Brothers

Buat julung kalinya kami melancarkan program berprestij ini untuk beri peluang kepada 25 usahawan terpilih untuk pengambilan pertama dan 60 usahawan seterusnya dalam masa 1 tahun.

THE ICON – PROGRAM BIMBINGAN PALING EKSKLUSIF BERSAMA HASBUL BROTHERS

Buat julung kalinya kami melancarkan program berprestij ini untuk beri peluang kepada 25 usahawan terpilih untuk pengambilan pertama dan 60 usahawan seterusnya dalam masa 1 tahun.

 Program ini direka bentuk khas untuk ‘High-Performance Entrepreneurs’ yang komited untuk membangunkan syarikat dan membina jenama yang unggul dalam kelas tersendiri.

Terhad dan eksklusif untuk kumpulan usahawan yang menepati kriteria tertentu. Program The Icon menyediakan pengalaman pembelajaran yang meletakkan ‘Rapid Growth & Sustainable Expansion’ sebagai objektif utama. Mereka yang terpilih ini akan dibimbing secara ‘Intensive & Personalized’ oleh Hasbul Brothers, sudah tentu menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi para Ikon sehingga dengan izin Allah kita dapat capai kejayaan bersama.

Sesungguhnya, kejayaan anda adalah kejayaan kami. Rasa kebersamaan dalam mengharungi perjalanan bisnes inilah yang kami mahu bentuk antara Ikon dan Hasbul Brothers. Semoga dengan program bimbingan eksklusif ini dapat membina satu legasi yang berterusan memberi nilai kebaikan kepada manusia.

Dalam The Icon, terdapat 5 komponen ilmu strategi bisnes yang anda akan pelajari secara terperinci selama 1 Tahun :

Dalam program ini, usahawan yang sertai akan lebih jelas cara untuk :

1. Membina jenama yang utuh, capai kejayaan berpanjangan dan menjadi market leader yang disegani sesuai dengan logo The Icon yang memilih ‘LION’ sebagai simbolik kepada Kepimpinan, Keberanian, Bijak Berstrategi dan Keutuhan.

2. Menjadi ikon usahawan yang membina bisnes berteraskan prinsip yang murni, kejujuran dan konsisten memberi nilai kebaikan kepada manusia sejagat.

3. Membangunkan produk dan servis yang mengutamakan ‘customer happiness’, inovasi dan penambaikan untuk menjadi jenama pilihan utama, berjaya menguasai pasaran dan berdiri teguh di sisi kehidupan pelanggan. 

4. Merancang strategi bisnes secara bijaksana khususnya dalam mengurus kewangan dan berjaya memperteguhkan kubu bisnes sehingga menjadi syarikat yang beri manfaat kepada rakan-rakan strategik. 

5. Mendapat lebih ‘clarity’ untuk membina dan mengemudi ahli pasukan berprestasi tinggi, yang menjiwai perjuangan syarikat dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan syarikat.

6. Menekuni cara berfikir, cara membuat keputusan seterusnya mendapat ‘wisdom’ untuk bina legasi bisnes daripada perkongsian dan aktiviti berkumpulan bersama usahawan yang telah berjaya.

adakah anda salah seorang usahawan yang layak untuk berada dalam program The Icon?

Hubungi Sales Consultant kami :

Powered By ClickFunnels.com